Pembayaran STR Fasa Satu 2025 Meningkat kepada RM2.3 Bilion
Menurut Kementerian Kewangan, proses pengagihan bagi STR fasa satu dimulakan pada 22 Januari 2025. Ia akan diedarkan secara berperingkat. Jumlah yang diperuntukkan ialah RM2.3 Billion, berbanding RM2.1 Billion tahun lepas.
Secara keseluruhan, program STR dan SARA untuk 2025 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang bersamaan dengan 60% daripada populasi dewasa di negara ini. Bagi STR dan SARA 2025, kerajaan telah menaikkan maksimum bantuan isi rumah kepada RM4,600 tahun ini, meningkat hampir 25% daripada RM3,700 tahun lepas. Kadar minimum individu bujang juga meningkat kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 20%.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan belanjawan bagi STR Fasa satu jauh lebih tinggi daripada kadar inflasi negara. Ia menunjukkan komitmen kuat kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Kita tahu bahawa kenaikan kos sara hidup adalah isu global tetapi Kerajaan MADANI berharap peningkatan tahunan dalam sumbangan SARA dan STR akan membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
Aplikasi baharu dibuka untuk mereka yang datanya tidak disenaraikan dalam pangkalan data STR. Anda boleh memohon melalui pautan berikut https://bantuantunai.hasil.gov.my
Perbandingan pembayaran STR Fasa 1 2023-2025
STR 2023 | STR 2024 | STR 2025 | |
Kategori Penerima | RM bilion | RM bilion | RM bilion |
Isi Rumah(≤ RM2,500) | 0.9 | 1.4 | 1.4 |
Isi Rumah(RM2,501-RM5,000) | 0.3 | 0.2 | 0.2 |
Warga Emas TiadaPasangan | 0.12 | 0.2 | 0.2 |
Bujang | 0.35 | 0.3 | 0.5 |
Jumlah | RM1.67 billion | RM2.1 billion | RM2.3 billion |
STR Fasa satu peringkat pengedaran pembayaran
Jenis Penerima | Tarikh Pembayaran | Kaedah Pembayaran |
Mempunyai akaun bank | 22-28 Januari 2025 | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank. |
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) | Mulai 22 Januari 2025 | Pembayaran secara tunai melalui cawangan BankSimpanan Nasional (BSN). |
Pembayaran STR Fasa satu mengikut kategori kelayakan
Kategori Penerima | Jumlah Penerima | Kadar Bayaran STR Fasa 1 | Implikasi Kewangan(RM bilion) |
Isi Rumah(≤ RM2,500) | 2.8 juta | RM500 | 1.4 |
Isi Rumah(RM2,501-RM5,000) | 1.0 juta | RM150-RM300 | 0.2 |
Warga Emas TiadaPasangan | 1.3 juta | RM150 | 0.2 |
Bujang | 3.2 juta | RM150 | 0.5 |
Jumlah | 8.3 juta | – | RM2.3 bilion |
Pembayaran STR 2025

a. Kategori Isi Rumah

B. Kategori Isi Rumah

C. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
